Kurik Kundi Merah Saga | Ambil jarum cucuk benang, Jarum ada di dalam cembul; Air tenang adik mengharung, Tidak kusangka buaya timbul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jarum panjang kerat nangka, Betik masak tepi penanggah; Jangan tuan syak wasangka, Keris pendek seorang sebilah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau abang membeli jarum, Boleh adik membeli tali; Kalau abang minta nak cium, Upah cium tendang sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain kudi di atas atap, Belum patah jarum hilang; Kalau sudi abang bersantap, Kalau tak sudi janganlah buang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Adil dari seberang, Pecah perahu lalu berenang; Kalau dapat jarum berlubang, Baru senang lulusnya benang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut. |