Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nangka nak gugur, Jangan menimpa dahan pauh; Kalau mata nak tidur, Jangan lupa esok berjalan jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Zubaidah berjalan ke padang, Lalu berjalan ke bawah bukit; Lain dahulu dari sekarang, Jauh beza bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna buah pauh, Buah kana dalam baldi; Fasal saja lautan jauh, Kalau tidak berjalan kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Semantan pergi ke Lundu, Datang ke Lundu berjalan kaki; Apa kena hatiku pilu, Mengenang tuan jauh pergi. |