Kurik Kundi Merah Saga | Musang jebat menyusur akar, Murai berkirai bulu dadanya; Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam baranya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Musang jebat di Kampung Cik Raoh, Dari jauh disangka kucing; Hujan lebat air pun keruh, Cuba-cuba turun memancing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika betul anak menteri, Hang Jebat raja Melaka; Bunga diambil dalam duri, Bunga tak dapat tangan luka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah limau masak merekah, Bawa pulang dibelah empat; Rimau yang garang lagi kulangkah, Inikan pula musang Jebat. |