Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.la.ti/] | جلاتيق

Definisi : sj burung pipit jawa (warnanya kebiru-biruan), Lochura leucogastroides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jelatik

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Jelatik burung jeladan,
     Burung terkukur terbang tinggi;
Sama patut samanya padan,
     Mari diukur samanya tinggi.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaJelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaJelatik burung jeladan, Anak tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Lagi diukur sama tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang jelatik burung jeladan, Sayang tekukur terbang tinggi; Sama cantik sama padan, Jikalau diukur sama tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya?
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik terbang ke ladang, Dapat dicekup jangan dipicit; Pokok cantik bertambah rendang, Buah di pokok cuma sebiji.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik makan padi, Burung puyuh dalam jebak; Wahailah adik Sita Dewi, Pandaikah cik adik masak-memasak?
Kurik Kundi Merah SagaTerbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah.
12

Kembali ke atas