Kurik Kundi Merah Saga | Panjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buih putih di air terjun, Dara jelita menangguk ikan; Biar pun kuih bercampur racun, Kerana cinta sanggup dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga ros batang berduri, Petik mari dara jelita; Kalau tuan sudikan kami, Saya menunggu sepenuh mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita. |