Kurik Kundi Merah Saga | Jemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jemur padi di tanah padang, Anak ayam disambar helang; Apa malang nasibnya badan, Burung di tangan disambar orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jemur padi di atas tanah, Terbang merpati turun makan; Dalam berkasih datang fitnah, Terima kasih atas junjungan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jemur kain sidai di tali, Ikat kuat di dahan beringin; Tuan tak ingin aku tak sudi, Sama-sama mencari yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Basuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau hendak menjemur padi, Jemur mari tengah halaman; Cuba-cuba menabur budi, Kalau baik dibuat jaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah panjang sedepa, Jemur mari kain basahnya; Jangan salah jangan terlupa, Kalau rimau nampak belangnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik baru dijemur, Jemur mari tengah kolam; Sungguh cantik bintang timur, Bintang tak boleh terangkan alam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin basahan mandi, Jemur mari di hujung galah; Ditamatkan pantun kebajikan budi, Memohon ampun barang yang salah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai. |