Kurik Kundi Merah Saga | Putik belimbing bercedu-cedu, Bunga kunda berangkai-rangkai; Jentik dinding terbuka pintu, Nak tidur dua sebantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik belimbing digetu-getu, Dari Kedah ke Tanah Liang; Jentik dinding bukalah pintu, Pintu terdedah sampai siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang ulam pegaga, Putik belimbing getu-getu; Petang-petang abang ada, Jentik dinding bukalah pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sepah bulan di hujung jari, Buah belimbing pengelok kuku; Kalau jatuh bulan abang mari, Jentik dinding bukalah pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sepah bulan di hujung jari, Buah belimbing pengelok kuku; Kalau jatuh bulan abang mari, Jentik dinding bukalah pintu. |