Kurik Kundi Merah Saga | Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ah Liew peranakan Jepun, Mengembang bunga di dalam cawan; Berapa banyak bunga di taman, Satu buat memberi rawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Bulanlah mana tahun pun mana, Dendam tak luput di dalam jiwa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana hendak ke mana, Dari Jepun ke bandar Cina; Wahai tuan tumpang bertanya, Burung terbang terlampau lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa. |