Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ra.mi] | جرامي

Definisi : 1. batang padi yg sudah kering yg padi­nya sudah dituai; 2. urat yg terdapat di celah-celah isi nangka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ra.mi] | جرامي

Definisi : 1 batang padi yg sudah kering. 2 serat yg terdapat di celah-celah isi nangka dsb. 3 rumput (atau tumbuh-tumbuhan tertentu) yg dikeringkan utk makanan binatang ternakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerami

Puisi
 

Putih jerami tanah lintar,
     Lintar menanah tiga puluh;
Tiga hari mayat terlantar,
     Menanti kain bekas tubuh.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap pada jerami, Habis padi jerami dibuang; Apa diharap kepada kami, Muka buruk budi kurang.
Kurik Kundi Merah SagaPutih jerami tanah lintar, Lintar menanah tiga puluh; Tiga hari mayat terlantar, Menanti kain bekas tubuh.
Kurik Kundi Merah SagaKetam padi jerami tinggi, Ketam pula balik pulau; Kalau tiada kami di sini, Siapa pula teman bergurau.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata.
Kurik Kundi Merah SagaKalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk?
Kurik Kundi Merah SagaMengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak.
Kurik Kundi Merah SagaBunga sena dalam jerami, Putik kandis dalam dulang; Cuba guna dalam nyanyi, Bawa nyanyi depan orang.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk kangkung batang jerami, Bunga padi di Tanah Daik; Sudah tak sanggup dengan kami, Cari ganti tempat yang baik.
Kurik Kundi Merah SagaMenggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu.
123

Kembali ke atas