Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.rang] | جرڠ

Definisi : ; menjerang 1. menjerangkan = meletakkan (periuk dll) di atas api utk me­masak: oleh perempuan itu dijerang­kannya periuk di atas dapur; 2. memasak: ~ nasi; terjerang terletak di atas api (periuk dll), dimasak; jerangan tempat meletakkan periuk dll utk memasak (terdiri drpd tiga kaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.rang] | جرڠ

Definisi : ; menjerang meletakkan periuk dll di atas api (utk memasak); memasak; menanak: ~ nasi menanak nasi. terjerang terletak di atas api (bkn periuk dll); dipanaskan (oleh api). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerang
Kata Terbitan : menjerang,

Puisi
 

Hidup api jerang belanga,
     Hendak masak kepala kurau;
Abang pergi jangan lama,
     Tiada kawan hendak bergurau.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJerang periuk jerang belanga, Sama berjerang keduanya; Sudah terjenguk jandaku lama, Sama tercengang keduanya.
Kurik Kundi Merah SagaHidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada peria pahit, Belanga baru jerang udang; Kalau ada budi baik, Jadi abu dikenang orang.
Kurik Kundi Merah SagaGunung api di atas gedung, Sudah jerang ke baba Melaka; Sakit kaki kerana beradung, Duk ulang janda celaka.
Kurik Kundi Merah SagaDaun baru layu digenggam, Si baju kuning makan sedikit; Ini baru nasi jerang, Makan sedikit terasa pahit.

Kembali ke atas