Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; me­nahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa me­lakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd ke­susahan (penderitaan) orang lain; ter­pasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak men­celakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jerat
Rujuk :perangkap

Puisi
 

Jerat semata di hujung tanjung,
     Terkena landak jantan betina;
Panjang dikerat pendek disambung,
     Untuk kita bekerjasama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAngin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan
Kurik Kundi Merah SagaJerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama.
Kurik Kundi Merah SagaMemasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan.
Kurik Kundi Merah SagaMenjerat kerbau jalang, Jerat ditahan sembilan mata; Sedang jinak ditatang abang, Tidak boleh ditangkap saja.
Kurik Kundi Merah SagaTepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaBaru datang dari Palembang, Satu adik satu abang; Cari tali jerat kumbang, Bunga di taman biar kembang.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke darat membeli mangkuk, Mangkuk berisi buah berangan; Racik dan jerat burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaHilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.

Kembali ke atas