Kurik Kundi Merah Saga | Jika kulurut padiku ini, Kubuang hampas kuambil isi; Jikalau kuturut hatiku ini, Kubuang akar kuambil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jikalau tuan pergi ke Jenuh, Belikan saya ikan putih; Jika tuan beriman sungguh, Anak orang jangan dipilih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati. |