Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.hor] | جوهور

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu rimba, Pellacalyx saccardianus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.hor] | جوهور

Definisi : negeri di selatan Semenanjung, keluasan 18 985 km2, Johor Bahru sebagai ibu negeri, Darul Takzim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata johor

Puisi
 

Johor Bahru Tanjung Puteri,
     Angin berhembus di Barat Daya;
Jangan dikejar gunung berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang menembak Johor Lama, Asap sampai Johor Bahru; Hajat hati sudah lama, Nak cakap takut malu.
Kurik Kundi Merah SagaJohor Bahru Tanjung Puteri, Angin berhembus di Barat Daya; Jangan dikejar gunung berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaJohor Bahru ibu negeri, Sultan Mahmud raja mulia; Berapapun cerah matahari, Bulan juga membawa cahaya.
Kurik Kundi Merah SagaJohor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung.
Kurik Kundi Merah SagaSeri Johor nama negeri, Sultan Ismail raja yang mulia; Alangkah terangnya matahari, Bulan juga membawa cahaya.
Kurik Kundi Merah SagaDari Johor ke Majapahit, Singgah semalam di Pulau Bentan; Sudah masyhur nama yang baik, Barulah bertuah permintaan badan.
Kurik Kundi Merah SagaDari Johor ke Majapahit, Singgah mari di Pulau Bentan; Sudah mahsyur nama yang baik, Tambah pula bertuah badan.
Kurik Kundi Merah SagaKuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaIkan duri Kuala Johor, Jual anak di Tanjung Surat; Intan baiduri nama masyhur, Sungguh kecil timbang berat.
Kurik Kundi Merah SagaOrang meraih di Lubuk Johor, Ketam padi nakhoda Acheh; Hitam manis rambutnya kejur, Mari kita bertambat kasih.
123

Kembali ke atas