Kurik Kundi Merah Saga | Bukan jua bukit meruntuh, Bemban perbaik meruntuh jua; Bukan penyakit saja membunuh, Cinta dan kasih membunuh jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa makan cubadak, Kulitnya tergantung jua; Siapa adik teragak, Duduk bermenung jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Halia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi Bukit Langgang Puan, Tempat kemuning rampak jua; Buat sembilan pulau sembilan, Lenggangnya kini nampak jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penatlah saya menanam padi, Sayang keladi dipatah jua; Penatlah saya menahan hati, Wajah tuan terbayang jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api di Gunung Ledang, Abu-abunya kutampi jua; Niat hati dari bujang, Balu-balunya kuambil jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanamlah bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga jua; Di dalam dunia tidak bersama, Di dalam akhirat bersama jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak dapat mandi perigi, Mandi permatang nak mandi jua; Kalau tak dapat tahun ini, Tahun akan datang nak balik jua. |