Kurik Kundi Merah Saga | Pinang orang pinangku juak, Jika diumbut putih akarnya; Tunang orang tunangku juak, Kalau dirabun putih matanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga juak; Dalam dunia tidak bersama, Dalam akhirat bersama juak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak juak si buluh pulau, Pakai menjolok sarang tebuan; Genjukku tangan dari pulau, Niatku mati di pangku tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyindung juak nyindung bukit kedondong, Hari nan hari menanam lada; Fasal sahaja bukit melindung, Harilah hari berpandang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke darat menebang juak tukas, Tukas kutebang tepi jeraya; Laksana dakwat dengan kertas, Samalah hancur sama binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Minuman meminta bunuh, Memintanya bebas dengan juak kain; Jikalaunya tuan benar sungguh, Haram tiada cinta ke lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Wak-wak di pucuk pumpung, Mengirai-ngirai bulu dadanya; Sudah juak di pintu kampung, Berderai-derai air matanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu. |