Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya men­dapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ me­nanti orang yg memegang sesuatu ke­johanan dan kini bertanding utk mem­per­tahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya me­mulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak; adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~, selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula; menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. mem­perjuangkan (mempertahankan, me­nyo­kong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku men­jadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.ra] | جوارا

Definisi : 1 johan dlm sesuatu pertandingan atau perlawanan: Kugiran Titiwangsa telah menjadi ~ pd tahun 1971. 2 ahli dlm sesuatu bidang: Dia memang ~ dlm hal masak-memasak. 3 pemimpin dan pelerai dlm perjudian (gelanggang menyabung ayam dll). 4 pemimpin dlm sesuatu pesta atau majlis keramaian. kejuaraan 1 pertandingan utk menentukan johan atau juara. 2 kehandalan dlm olahraga; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,

Puisi
 

Raja bermadah mandi bersiram,
     Burung merpati terbang sila;
Berapa lama tuah ayam,
     Mati gelanggang bujang juara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Dalam juara syahdu, Tanjung Jagung kuda lama; Tengah malam bangun merindu, Saya tak biasa tinggal lama.
Kurik Kundi Merah SagaRaja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara.

Kembali ke atas