Kurik Kundi Merah Saga | Pak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa menggunting jubah, Jubah digunting dalam perahu; Hati saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang darat menggunting jubah, Jubah digunting berwarna kelabu; Hatilah saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengapa digunting baju jubah, Jubah digunting dalam perahu; Hati saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Wak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji memakai jubah, Mari sembahyang berhantar lalu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal merubah saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji berbaju jubah, Orang sembahyang haluan perahu; Hati saya tidak berubah, Hati abang belum tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji berbaju jubah, Mari salin dalam perahu; Hati tuan belum berubah, Hati saya manakan tahu. |