Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung julai asam, Anak panah Seri Rama; Tunduk cium mukanya masam, Datang fitnah dari mana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayung-ayung buah kerayung, Masak sebutir di hujung julai; Saya duduk tanjung-tanjung, Duduk bergantung rambut sehelai. |