Kurik Kundi Merah Saga | Buah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut makan rimau, Tidak saya berjalan seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dekut hutan Merlimau, Jumpa landak meniti batang; Kalau takut karam di laut, Saya tak mahu belayar seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hitam celah batang, Jumpa semak baru bertelur; Sayang Cik Hitam baru datang, Bawa minyak bunga melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari petang memburu rusa, Jumpa rusa makan jerami; Tidak kupandang racun yang bisa, Penawar ada di tangan kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota; Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laju sampai Kuala Daik, Hendak dikejar takut dalam; Sudah jumpa intan yang baik, Mahu diikat batu nilam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih. |