Kurik Kundi Merah Saga | Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang sepat kaki melela, Orang meraih di lubuk Johor; Di mana tempat hati gila, Hitam manis rambutnya kejur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang melata di atas kota, Mari ditanam di kebun Cina; Salah satu kuambil juga, Kalau tak dapat diri merana. |