Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kail.kail] | کاءيل٢

Definisi : berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kail-kail

Puisi
 

Tali kail panjang seratus,
     Saya nak mengail ikan parang;
Hendak meniti jambatan putus,
     Hendak menyeberang buaya garang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Umpan seumpan,
     kail sebentuk.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.

 

Lihat selanjutnya...(3)

225

Don't get into deep water until you learn how to swim

Jangan melakukan sesuatu yang berisiko atau berbahaya selagi diri belum mampu untuk menanganinya atau menghadapinya.

Kail sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhayut

You should not have agreed to take part in this expedition with the little experience that you have. My advice is, don't get into deep water until you learn how to swim.

Kamu tidak sepatutnya menyertai ekpedisi ini dengan hanya berbekalkan secebis pengalaman. Nasihatku, kail sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhayut .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti.
Kurik Kundi Merah SagaTali kail panjang seratus, Saya nak mengail ikan parang; Hendak meniti jambatan putus, Hendak menyeberang buaya garang.
Kurik Kundi Merah SagaIkan julung dalam telaga, Makan kail umpan terlekat; Tiada beruntung badan celaka, Buat baik menjadi jahat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama?
Kurik Kundi Merah SagaKalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama?
Kurik Kundi Merah SagaSi Nujuh hilir ke kota, Dayung mengangkut di pohon kunci; Rasa kuhidup di kail masa, Malam menyebut belum sampai.
Kurik Kundi Merah SagaSi Nujuh hilir ke kota, Dayung mengangkut di pohon kunci; Rasa kuhidup di kail masa, Malam menyebut belum sampai.
Kurik Kundi Merah SagaTuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail.

Kembali ke atas