Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kait.kait] | کاءيت٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok meman­jat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menja­lar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kait-kait

Puisi
 

Kait-kait daun sepulih,
     Daun sembingai nanang-nanangan;
Baik-baik kamu yang mulih,
     Kamu yang tinggal kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(22)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait ara muda, Timun mikai dalam padi; Baik-baik bermain muda, Jangan menyesal dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait daun sepulih, Daun sembingai nanang-nanangan; Baik-baik kamu yang mulih, Kamu yang tinggal kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait daun sepulih, Daun sembingai nanang-nanangan; Baik-baik kamu yang mulih, Kamu yang tinggal kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaPenggal puan penggal selasih, Penggal keduduk kait-kait; Tinggal tuan tinggallah kasih, Tinggal duduk baik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaKayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaPenggal puan penggal selasih, Penggal keduduk kait-kait; Tinggal tuan tinggalah kasih, Tinggal duduk baik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaKait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat.
Kurik Kundi Merah SagaKait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok.
Kurik Kundi Merah SagaKait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok.
Kurik Kundi Merah SagaMari kait di Tanjung Jati, Hinggap pula ke Tanjung Sura; Kalau dapat penghibur hati, Duduklah bertambah gembira.
123

Kembali ke atas