Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian bukit yg di sebelah bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Puisi
 

Saya dahulu duduk di Luku,
     Di kaki bukit keladi tumbang;
Mana tempat abang nak malu,
     Rupa baik perangai kurang.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAbang merempuh di kaki bukit, Siapa bilang terlanggar pipit; Abang cakap manis di mulut, Saya mendengar menjadi leput.
Kurik Kundi Merah SagaSaya dahulu duduk di Luku, Di kaki bukit keladi tumbang; Mana tempat abang nak malu, Rupa baik perangai kurang.
Kurik Kundi Merah SagaCak pipit burung serindit, Mari mati di kaki bukit; Kucium hidung pipi tergigit, Kerana geram tak rasa sakit.
Kurik Kundi Merah SagaLain hulu lain parang, Bawa berjalan di kaki bukit; Lain dahulu lain sekarang, Kasih abang bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaAti-ati tumbuh di paya, Air tenang di kaki bukit; Sampai hati meninggalkan saya, Tidak mengenang barang sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaSedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati di Bukit Ngulang, Anak merbuk sarang di luar; Kuulang pagi kuulang petang, Hingga buruk kaki seluar.

Kembali ke atas