Kurik Kundi Merah Saga | Anak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selinsing selinduk, Anak kala memanjat pinang; Inilah cincin sebentuk, Tanda kita mengikat tunang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selinsing selinduk, Anak kala memanjat pinang; Inilah cincin sebentuk, Tanda kita mengikat tunang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak bunga di kala subuh, Bunga yang kasa di antara layu; Banyak abang dipandang sungguh, Kanda juga dipandang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh berdesing-desing, Anak kala ada di dalam; Empat puluh pintu berkancing, Anak dara ada di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh berdecing-decing, Anak kala di dalamnya; Sepuluh pintu berkancing, Anak dara di dalamnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi bukit boleh didaki, Air dalam berkala-kala; Orang molek boleh dinanti, Orang tak mahu apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa. |