Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalaulah

Puisi
 

Kalaulah sudah pergi ke paya,
     Marilah kita pergi ke hulu;
Kalau sudah seia sekata,
     Marilah kita berjumpa ibu.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

252

More haste, less speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Pantas tewas

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. More haste

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Pantas tewas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalaulah pergi ke pekan Nyalas, Masuk ke balai membeli gelang; Kalau budi minta dibalas, Itulah budi tidak dikenang.
Kurik Kundi Merah SagaKalaulah sudah pergi ke paya, Marilah kita pergi ke hulu; Kalau sudah seia sekata, Marilah kita berjumpa ibu.
Kurik Kundi Merah SagaKalaulah selasih dani, Bunga lalang digulung ulat; Jikalau tuan kasihkan kami, Apa dilarang jangan dibuat.
Kurik Kundi Merah SagaKalaulah bukan kerana bulan, Masakan bintang terbit pagi; Kalau bukan kerana tuan, Manalah saya jadi begini.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berambut panjang, Kalaulah tidak disisir rapi; Apa guna berkasih sayang, Kalaulah tidak sepenuh hati.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna meragi kain, Kalaulah tidak ada bunganya; Apa guna cari yang lain, Kalaulah tidak lebih darinya.
Kurik Kundi Merah SagaDaun sirih jangan dikait, Kalaulah kait mematah layu; Telunjuk lurus kelingking berkait, Itu pepatah orang Melayu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga.
Kurik Kundi Merah SagaApa dikenang si dahan pauh, Kalaulah patah tumbuh lagi; Apa dikenang orang yang jauh, Orang lain banyaklah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.
12345

Kembali ke atas