Kurik Kundi Merah Saga | Kambing saya kambing Cik Baham, Dia makan bawah rumah; Budak ini sangat pemaham, Mana sirih tak boleh dikunyah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mbek-mbek kambing di hutan, Patah tanduk kambing jantan; Abang pergi saya berpesan, Buah mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jebak kambing tidur di kandang, Jebaknya luruh sampai ke tanah; Sedaplah kelih adik di jalan, Ambo nak turut sampai ke rumah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Wirit-wirit kambing di laman, Telur seribu di dalam pekan; Dengar adik abang berpesan, Buah mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging. |