Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mi] | کامي

Definisi : 1. saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua): sudah lama ~ menunggu awak di sini; 2. saya, aku: tidaklah ~ panjangkan cerita tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mi] | کامي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama dlm bentuk jamak: Selepas itu, ~ pun pulanglah ke rumah. 2 saya; aku: Tidaklah ~ panjangkan cerita tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kami (kata nama)
1. Bersinonim dengan kita: kami sekelian, kema, kita orang,

2. Bersinonim dengan saya: aku
Berantonim dengan kamu.


Puisi
 

Jangan disumpit pelanduk kami,
     Pelanduk kami sudah berpagar;
Jangan diikat si pantun kami,
     Pantun kami baru belajar.


Lihat selanjutnya...(184)
Peribahasa

Api padam puntung hanyut,
     kami tidak di situ lagi.

Bermaksud :

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKe bendanglah kami, Tidak berhuma lagi; Apa dipandang kepada kami, Kami tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaJangan disumpit pelanduk kami, Pelanduk kami sudah berpagar; Jangan diikat si pantun kami, Pantun kami baru belajar.
Kurik Kundi Merah SagaKe seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami; Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami.
Kurik Kundi Merah SagaBersilat kami tidak ku pandai, Siraung kami berdiri duduk; Kasih menahun tidaklah ku pandai, Kasih kami seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaKami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Sebandi pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Kami senabi kasih umat, Kami juga kasih kepada tuan.
Kurik Kundi Merah SagaUjar khabar melambak janar, Melambak janar di tempurung bulu; Bukan kami hendak benar, Kami hendak maulu-ulu.
Kurik Kundi Merah SagaKami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang.
Kurik Kundi Merah SagaKami tak takut kerbau datang, Suka melurut padi manila; Kami tak takut kekasih orang, Jika diturut hati nan suka.
12345678910...

Kembali ke atas