Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau; 2. = ~ sekalian engkau sekalian, engkau (awak) semua; berkamu memakai perkataan kamu (biasa­nya sewaktu bertutur dgn orang lain): baiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja, berengkau, ~, sebab begitu lebih mesra rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata ganti nama diri kedua; anda. 2 anda sekalian; engkau semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamu.

Puisi
 

Kait-kait daun sepulih,
     Daun sembingai nanang-nanangan;
Baik-baik kamu yang mulih,
     Kamu yang tinggal kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.

Bermaksud :

Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait daun sepulih, Daun sembingai nanang-nanangan; Baik-baik kamu yang mulih, Kamu yang tinggal kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait daun sepulih, Daun sembingai nanang-nanangan; Baik-baik kamu yang mulih, Kamu yang tinggal kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaGayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Selasa, Malam besok malam Arbaª; Lepas kamu dari seksa, Di hari kiamat minta doa.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli baju bunga kenanga, Ada lebih untuk berganda; Harap pemalu kamu semua, Di situ tuan melihat rupa.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Isnin, Malam besok malam Selasa; Tuntutlah ilmu sampai berkenan, Lepaslah kamu dari seksa.
Kurik Kundi Merah SagaJantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi.
Kurik Kundi Merah SagaBaiklah baik menutuk jati, Biar kurapi menumpang kujangan; Baiklah baik mencari ganti, Untunglah kamu suratan badan.

Kembali ke atas