Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dapat kelapa tumbuh, Kan den tanam di bawah jenjang; Kalau dapat kata nan sungguh, Kan digonggong dibawa terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dapat kelapa tumbuh, Kan den tanam di bawah jenjang; Kalau dapat kata nan sungguh, Kan digonggong dibawa terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang manis di sudut rumah, Buah pabila kan diambil; Anak menangis turun di rumah, Musim pabila kan berbalik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inderapura Pasatapan, Kan berkumpul dagang di Kerinci; Hati hiba bawa berjalan, Dilihat adik ditangisi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cerek dan teko kan den beli, Den jinjing lalu ke tepian; Teluk dan lengkokkan dijalani, Ditampung sehari pencarian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun si balik-balik angin, Kan bagesu jo dulang-dulang; Kok diram di bukit anak berangin, Tidak terkenang berbalik pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini naga-naganya, Naga hidup kita kan lari; Sungguh begini dagang rasanya, Badan hidup separuh mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bubuh di atas dulang suasa, Beri minum ratu Majapahit; Mustahil kan hilang penyakit cinta, Jika tak dapat tidur pun sakit. |