Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.nan] | کانن

Definisi : 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu; menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke PBB; kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.nan] | کانن

Definisi : 1 bahagian yg di sebelah timur apabila kita menghadap ke utara; bahagian yg berlawanan dgn kiri: Dia duduk di ~ saya. 2 tinggi pangkatnya dll: Dia pegawai ~ di pejabat itu. menganankan membawa ke arah kanan; memutarkan ke arah kanan. kekananan kedudukan atau taraf yg lebih tinggi: Kenaikan pangkat bukan saja didasarkan pd ~ seseorang, tetapi juga pd kecekapan dan pencapaiannya dlm menjalankan tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,

Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Bermaksud :

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKanan jalan kiri pun jalan, Tengah-tengah pokok mengkudu; Pesan jangan berkirim jangan, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaPandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.
Kurik Kundi Merah SagaKiri jalan kanan jalan, Sama tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKiri jalan kanan jalan, Batang pauh dibuat titi; Kirim jangan pesan jangan, Biar sama berjauh hati.
Kurik Kundi Merah SagaKiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaBelok-belok paya ke kanan, Daun nangka berjari-jari; Rupa elok tak boleh nak makan, Budi bahasa saya nak cari.
Kurik Kundi Merah SagaTak susah kalau merebat, Kirilah kanan pasang berlapik; Taklah susah kita mengubat, Ubatlah ada di tanganlah adik.
Kurik Kundi Merah SagaAlun-alun pergi hitam, Kiri kanan pokok membangun; Harum-harum bunga di hutan, Harum lagi bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaHutan serumpun luar kota, Mari tebas kanan kiri; Helang tak rabun musang tak buta, Biring jangan bebaskan diri.
Kurik Kundi Merah SagaCincin ini dari Yaman, Pakai tangan jari kanan; Barang ini barang makanan, Kalau tak makan rasa kempunan.
1234

Kembali ke atas