Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kandang;

Puisi
 

Anak rusa satu kandang,
     Bunyinya sampai mendayu-dayu;
Khabar nakhoda ada dikenang,
     Habis membeli sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau kandang,
     emas berpura.

Bermaksud :

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa satu kandang, Bunyinya sampai mendayu-dayu; Khabar nakhoda ada dikenang, Habis membeli sehelai baju.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk sangkut di kandang, Bawa pula basah ke paya; Saya buruk jangan dipandang, Bagai anjing buruk kepala.
Kurik Kundi Merah SagaTimun rendang di pintu kandang, Batang bayam saya tumiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan.
Kurik Kundi Merah SagaTimun dendang di pintu kandang, Batang bayam saya paiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan.
Kurik Kundi Merah SagaRendang-rendang di pintu kandang, Pucuk bayam kutumis sahaja; Rindu siang kubawa bertandang, Rindu malam kutangis sahaja.
Kurik Kundi Merah SagaJebak kambing tidur di kandang, Jebaknya luruh sampai ke tanah; Sedaplah kelih adik di jalan, Ambo nak turut sampai ke rumah.
Kurik Kundi Merah SagaAlang-alang bawa ke kandang, Daun bayam disayur manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.
Kurik Kundi Merah SagaTempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama.

Kembali ke atas