Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dis] | کنديس

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg masam buah­ nya) dlm famili Guttiferae, asam gelugur, lulai, manggis hutan, bebata (Sabah), sikop (Sarawak), Garcinia spp.; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Garcinia nervosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dis] | کنديس

Definisi : ark manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kandis

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Ketiga dengan asam rumbia;
Hati menangis di pintu kubur,
     Kerana nak balik dalam dunia.


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah tebu disangka kandis, Terlebih kandis di dalam puan; Gula madu disangka manis, Lebih manis wajahmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Kena dengan asam rumbia; Tuan menangis di pintu kubur, Rasa nak balik ke dunia.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Dua urat asam belimbing; Menangis mayat dalam kubur, Melihat papan menjadi dinding.
Kurik Kundi Merah SagaAsalnya kandis buah gelugur, Masak sebiji di pintu pagar; Duduk menangis di pintu kubur, Terkenang di dunia tidak belajar.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis buah papaya, Hendak dimakan bersama kelapa; Hati sedih tidak terkira, Kerana lama tidak berjumpa.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati.
12

Kembali ke atas