Kurik Kundi Merah Saga | Penggal kangkung penggal lada, Jatuh selerak dalam dulang; Tinggal kampung tinggallah adinda, Abang membawa nasib malang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai kangkung gulai gumbiling, Sayang kucai berkudut-kudut; Amunku batah tinggal seorang, Kampung usai menjadi kusut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk kangkung di Pasir Pauh, Banyak buih di Pulau Pinang; Lenggok lenggang dari jauh, Perutku lapar menjadi kenyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk kangkung batang jerami, Bunga padi di Tanah Daik; Sudah tak sanggup dengan kami, Cari ganti tempat yang baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang mengutip kangkung, Sudah dipetik dibawa pulang; Sungguh udang tahi dijunjung, Besar nama dari belukang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak memetik kangkung, Bawa balik Tanjung Jati; Hari petang matahari condong, Siapa melihat berpilu hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak orang menanam kangkung, Saya seorang menanam serai; Malam ini kita sekampung, Esok hari kita bercerai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini menggulai kangkung, Malam esok menggulai serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Taruh mari di dalam kangkung, Lilit banyak di dahan gelugur; Kalau sudah bacang gantung, Sampai kering tak mahu gugur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan. |