Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kapak
Rujuk :senjata

Puisi
 

Ambil kapak belah ke kundur,
     Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
     Itu adat anak laki-laki.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kapak tak boleh membelah kayu,
     kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.

Bermaksud :

Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kapak tebang ke kempas, Batang selasih condong ke lubuk; Tunang orang janganlah rampas, Nantilah keris makan rusuk.
Kurik Kundi Merah SagaAsah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.
Kurik Kundi Merah SagaHilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kapak tebang kempas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.
Kurik Kundi Merah SagaCik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan mengasah kapak, Asah mari sepagi hari; Saya bawa sirih setepak, Untuk saya ganti diri.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur.
12

Kembali ke atas