Kurik Kundi Merah Saga | Kapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak tebang ke kempas, Batang selasih condong ke lubuk; Tunang orang janganlah rampas, Nantilah keris makan rusuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak tebang kempas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan mengasah kapak, Asah mari sepagi hari; Saya bawa sirih setepak, Untuk saya ganti diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur. |