Kurik Kundi Merah Saga | Kapas-kapas bertali benang, Lepas benang bertali kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cari kapas hutan Merlimau, Padam api tinggal bara; Kalau lepas mulut rimau, Tempuh lalang takut juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur kapas di sudut rumah, Bunga ke mana dilonggokkan; Abanglah lepas dari rumah, Adiklah gila dimabukkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyaklah cabi menghisap daun, Kapas dihisap terlaga-laga; Meminta mandi dalam pangkuan, Meminta mandi si air mata. |