Kurik Kundi Merah Saga | Anak yu karang-karang, Mari karang kepala titi; Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Malik mengarang bunga, Mari karang tali rotan; Minta tabik pada semua, Saya nak karang hikayat syaitan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cepu-cepu karang Cina, Risik mengisi kain; Cepu-cepu adik nak tanya, Betul ke tidak nak cari lain? |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Lingga berkarang-karang, Gunung beratur empat-empat; Abang gila saya tak larang, Asal tentu dengan tempat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kusangka kapal di tengah laut, Rupanya terlanggar karang yang ganas; Kusangka kukuh embun di rumput, Rupanya hilang ditimpa panas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur batu karang; Laksana nabi kasihkan umat, Begitu juga kasihkan tuan. |