Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kain ~ kain yg halus dan jarang tenun­annya: kelambu biasanya dibuat drpd kain ~; ~ dawai = kawat ~ Id jaringan dawai yg halus-halus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pd pintu almari makanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kasa I

Puisi
 

Kain kasa berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda di negeri Keling;
Hati berdebar rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Kain kasah di atas duri.

Bermaksud :

Dalam sikratulmaut. kasah (kasa) = kain putih yang halus.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.
Kurik Kundi Merah SagaKain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.
Kurik Kundi Merah SagaCik Kasa mandi di pekan, Burung kerijip berbunga menalu; Minta racun saya nak telan, Saya tak cekap menanggung malu.
Kurik Kundi Merah SagaAda setempat dalam padi, Kain kasa dalam taman; Tak ralat dalam hati, Kain basuh sambutlah tuan.
Kurik Kundi Merah SagaBab Aleh pergi membelah, Pakailah baju kasa keringkam; Senangnya keling memegang tasbih, Ekor nan mata nikam senikam.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berkain batik, Kalau tidak berbaju kasa; Apa guna memandang cantik, Kalau tidak berbudi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaJika puan betul nareka, Tareka saya kain kasa; Jika tuan benar suka, Pulang berunding dengan ibu bapa.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak bunga di kala subuh, Bunga yang kasa di antara layu; Banyak abang dipandang sungguh, Kanda juga dipandang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Ngah duduk di tengah, Pakai baju kasa berkawat; Alang-alang dibuat fitnah, Dari berconteng biar berdakwat.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa.
12

Kembali ke atas