Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sih.kan] | کاسيهکن

Definisi : kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan keduka­citaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Bagai nabi kasihkan umat,
     Begitu saya kasihkan puan.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun.

Bermaksud :

Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak babi memakan siput, Siput bercampur batang keladi; Kasihkan padi buangkan rumput, Kasihkan rumput buangkan padi.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaInderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Api pasirnya lumat, Tempat temasya Maharaja Kobat; Bagaimana nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan sahabat.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur batu karang; Laksana nabi kasihkan umat, Begitu juga kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur dengan lokan; Laksana nabi kasihkan umat, Inikan pula saya kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaKalaulah selasih dani, Bunga lalang digulung ulat; Jikalau tuan kasihkan kami, Apa dilarang jangan dibuat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan selasih dani, Pucuk sembung selera muda; Kalau tuan kasihkan kami, Carilah tumbung kelapa muda.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan selasih dani, Daun katu bercabang tiga; Kalau tuan kasihkan kami, Jangan rangkum dua tiga.
123

Kembali ke atas