Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kata.

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Seperti bunyi gung tertangkup.

Bermaksud :

Kata-kata yang tidak jelas.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan tuan berkaca pintu, Kaca kain beragi-ragi; Jangan tuan kata begitu, Kata lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaMengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaApa abang jahit baju, Jahit kain banyak lagi; Tak payah abang kata begitu, Kata lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun.
Kurik Kundi Merah SagaKata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.
Kurik Kundi Merah SagaKata cik puan merbah terbang, Kerana durian berbunga lagi; Jangan tuan cakap terbuang, Takut dia berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKata cik tuan berakit buluh, Biar saya berakit laju; Kalau abang tidak bersungguh, Saya juga berasa malu.
Kurik Kundi Merah SagaSiapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga.
Kurik Kundi Merah SagaSiapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka.
Kurik Kundi Merah SagaMana kata bulan tak cerah, Bulan belum purnama lagi; Mana kata abang tak susah, Badan bersama belum lagi.
1234567

Kembali ke atas