Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Menimbun tanah yang tinggi,
     menggali tanah yang lekuk.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raya masak di raya, Pisang burung masak di ujung; Yang kaya sama kaya, Yang miskin mencari untung.
Kurik Kundi Merah SagaBuah cempedak nangka di hutan, Bau juga dengan selasih; Budak bukan kaya pun bukan, Tahu juga abang tak kasih.
Kurik Kundi Merah SagaOrang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.
Kurik Kundi Merah SagaLembut ikan jemaralidin, Jikalau mandi disesah jangan; Adiklah kaya abang miskin, Jikalau jadi menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak kerana dagang, Tidak negeri menjadi kaya; Kalau tidak kerana abang, Tidaklah saya menjadi gila.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak kerana dagang, Tidak negeri menjadi kaya; Kalau tidak kerana abang, Tidaklah saya menjadi gila.
Kurik Kundi Merah SagaBaju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian.
123

Kembali ke atas