Kurik Kundi Merah Saga | Hendak ke pulau ke pulau saja, Ke pulau jangan berdagang ubi; Hendak bergurau bergurau saja, Gurau jangan mengambil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis condong ke Keling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk mengoleng, Sudah mengoleng ketawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Parang puting jatuh ke lubuk, Sudah ke lubuk ke lubang pula; Awak miskin terlalu buruk, Sudah buruk berhutang pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis condong ke Kerling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk menjeling, Sudah menjeling ketawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Fasal saja sudah ke pancur, Sudah ke pancur ke sungai pula; Fasal saja sudah terlanjur, Sudah terlanjur dengan dia pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke darat menahan pukat, Sayang ke padang ke Sungai Merah; Seperti kertas dengan dakwat, Sama menghancur sama mengalah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berembun pergi ke pulau, Datang ke pulau pergi ke tanjung; Lagilah hidup kita bergurau, Sudahlah mati bergolek seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Acheh pulang ke Acheh, Sampai ke Acheh terus ke Bentan; Hati kasih bertambah kasih, Bila tak jumpa bergoncang iman. |