Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke atas

Puisi
 

Dibawa angin ke barat daya,
     Jatuh ia ke atas titi;
Kalau tuan ceritakan saya,
     Boleh saya pergi nanti.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLang terbang menyongsong angin, Mari dipangku ke atas puan; Surat sepucuk dibawa angin, Kalau sudi bacalah tuan.
Kurik Kundi Merah SagaDibawa angin ke barat daya, Jatuh ia ke atas titi; Kalau tuan ceritakan saya, Boleh saya pergi nanti.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu atas jeram, Tanam keledek atas batu; Bagaimana hatiku tak geram, Tengok kopek menongkat baju.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku.
Kurik Kundi Merah SagaHendak makan pinang tiada, Pinang ada di atas meja; Ke sana tiada di sini tiada, Baru kutahu hatiku hampa.
Kurik Kundi Merah SagaPermata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaBerebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam di atas pagar, Turun ke tanah memakan padi; Kalau hutang wajib dibayar, Kalau janji wajib ditepati.
Kurik Kundi Merah SagaBengkang-bengkok jalan ke Bangi, Di atas pokok dipetik bunga; Jumpa sekuntum bunga yang wangi, Rasa nak turut sampai ke kereta.
123

Kembali ke atas