Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali ke Pulau Pinang, Putus tali sampan mengangguk; Dua kali saya terkenang, Air diminum terasa mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali ke Pulau Pinang, Putus sampan tali melambuk; Dua kali hati terkenang, Pati santan diminum mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga ke ladang mencari, Orang berjudi di dalam puan; Dua tiga boleh kucari, Tidak sama semacam tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan puasa pergi ke pasar, Dua tiga membeli gelama; Menanti masa hamba tak gusar, Setahun dua tidaklah lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang dipukul ribut, Dari ulu ke Kuala Dua; Orang seberang jangan direbut, Ambil pisau dibelah dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Tanjung ke Pulau Manis, Dua tiga ke Pulau Payang; Hidung mancung mulutnya manis, Di situ tempat hatiku sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke darat sungai Bintagor, Temui rotan berbelah dua; Seorang ke barat seorang ke timur, Ada suratan bertemu jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke darat sungai Bintagor, Temui rotan berbelah dua; Seorang ke barat seorang ke timur, Ada suratan bertemu jua. |