Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Ke hulu kena bubu,
     ke hilir kena tengkalak.

Bermaksud :

Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hulu menebang seraya, Hilir berakit waktu malam; Apa ada kepada kaya, Banyak harta budi kurang.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali.
Kurik Kundi Merah SagaOrang ke hulu pasang perangkap, Anak kayu habis ditebang; Orang tertipu dalam gelap, Saya tertipu dalam bimbang.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu pengayuh jatuh, Buat bersunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Baru tidak berjari lima.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu kepayang luruh, Buat sunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Bagi tidak saya terima.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hulu menjerat napuh, Buat umpan si daun sena; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata.
12345678910

Kembali ke atas