Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih jahit ke Bali, Kain tuan pulanglah ke dulang; Kasih tuan di luar diri, Kasih saya sampai ke tulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih jahit ke Bali, Kain tuan pulanglah ke dulang; Kasih tuan di luar diri, Kasih saya sampai ke tulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih hendak dijahit, Dijahit orang di waktu malam; Kasih abang di luar kulit, Kasih kehendak sampai ke dalam. |