Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.ka] | کموک

Definisi : maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.ka] | کموک

Definisi : 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Sirih kuning gagang menguning,
     Mari tanam belukar sana;
Seri sirih naik ke kening,
     Seri pinang naik ke muka.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning gagang menguning, Mari tanam belukar sana; Seri sirih naik ke kening, Seri pinang naik ke muka.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaPela-pela semudik ke hulu, Kalau tak mandi dibasuh muka; Pela-pela sedapat malu, Kalau tak mati meninggal jasa.
Kurik Kundi Merah SagaDari Melaka ke Tanjung Tuan, Singgah bermalam di rumah Cik Siti; Bila kunampak muka tuan, Rasa besar di dalam hati.

Kembali ke atas