Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke sini tasik ke mari padang, Tempat pandan tumbuh mencelah; Di sini kasih di sana sayang, Terbuang badan sama tengah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning gagang menguning, Mari tanam belukar sana; Seri sirih naik ke kening, Seri pinang naik ke muka. |