Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Dari sana hendak ke sini,
     Sampai ke sini melipat kain;
Telah masak macang kuini,
     Kulit sama rasanya lain.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKe sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain.
Kurik Kundi Merah SagaKe sini tasik ke mari padang, Tempat pandan tumbuh mencelah; Di sini kasih di sana sayang, Terbuang badan sama tengah.
Kurik Kundi Merah SagaHendak makan pinang tiada, Pinang ada di atas meja; Ke sana tiada di sini tiada, Baru kutahu hatiku hampa.
Kurik Kundi Merah SagaBurung punai terbang melayang, Turun ke sawah makan padi; Sana kasih sini sayang, Di mana tempat letak hati.

Kembali ke atas