Kurik Kundi Merah Saga | Dari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke sini gunung ke sanalah gunung, Di tengah gunung berisi batu; Ke sini bingung di sanalah bingung, Di dalam bingung hati tak tentu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke sini tasik ke mari padang, Tempat pandan tumbuh mencelah; Di sini kasih di sana sayang, Terbuang badan sama tengah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak lang kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang datang ke sini, Sampai masa pulanglah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang jatuh ke sini, Sampai musim pulanglah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu api dibelah-belah, Dibelah orang dengan parang; Hidup di dunia serba salah, Datang ke sini dikata orang. |